Saturday 10 October 2015

APA PATUT DILAKUKAN BILA HARGA EMAS NAIK?

Saya ada menerima soalan daripada follower Fanpage Facebook saya Ustaz Emas dan Dinar. Soalannya berbunyi begini :

Assalamualaikum Ustaz.

Sekiranya saya ingin menjual semua emas yang saya beli, adakah berbaloi? Saya perlukan nasihat samada menambah pelaburan atau menjual saja sebab harga emas sedang tinggi sekarang ini. Saya perlukan nasihat pakar.


Jawapan saya :

Faktor utama untuk menentukan samada emas dalam genggaman patut dijual atau sebaliknya ialah posisi pemilik emas.

1. Sekiranya pemilik itu adalah PENYIMPAN dan tiada keperluan mendesak untuk menjual emas miliknya, maka biarkan saja emas itu di situ. Jika ada lebihan tunai, pembelian tambahan adalah pilihan yang bijak kerana penyimpan sentiasa menambah berat emasnya dari masa ke semasa.

2. Sekiranya pemilik itu adalah PELABUR, perlu kepada sedikit kira-kira. Sila perhatikan berapa harga buy back (belian balik) Public Gold dan berapa berat terkumpul sekarang. Adakah berbaloi?
Katakanlah, dengan harga belian balik Public Gold tadi, untung atas segram ialah RM5, maka perlu dikira dengan teliti.

Jika berat terkumpul mencecah ratusan gram, maka sangat berbaloi jika didarab dengan RM5. Jika berat terkumpul kurang dari seratus gram, maka saya fikir ia tidak berbaloi.

3. Sekiranya pemilik tadi posisinya ialah PEDAGANG, maka apa saja kenaikan walaupun RM1 adalah untung yang perlu diambil kira. Apabila menjual, asingkan untungnya daripada modal. Dengan modal tersebut, beli sahaja emasnya sekarang atau tunggu harga emas turun sedikit barulah mula membeli semula.

Asasnya ialah, berat emas memainkan peranan sangat penting. Besar beratnya, besar pula nilai keuntungannya. Jawapan di tangan anda. Harga emas memang ada kenaikannya.

Tetapi situasi kenaikan sekarang bukanlah kenaikan sebenar yang signifikan. Ia adalah kenaikan yang disebabkan kelemahan RM berbanding USD. Secara amnya, harga pasaran emas dunia masih terlalu murah.

11 Oktober 2015.


PUBLIC GOLD : PENJUAL DAN PEMBELI EMAS YANG TERBAIK.

BELI EMAS MESTI DARI PEMBELI EMAS JUGA.

Kita tahu bahawa harga emas memainkan peranan penting apabila kita membeli emas. Pastikan kita mendapat harga terbaik iaitu RM/gram paling rendah untuk emas milik kita.

Bagi semua pemilik emas - samada mereka penyimpan, pelabur atau pedagang emas - suatu hari mereka pasti mencari masa untuk menjual emas milik mereka dengan harga terbaik supaya mereka beroleh keuntungan yang maksima.

Di sinilah pentingnya kita mengetahui dari siapakah patut kita membeli emas supaya akhirnya kita tidak berhadapan dengan masalah untuk menjual balik.

Sepanjang pemerhatian saya, ada banyak penjual emas yang bukan pembeli emas yang baik. Sebagai contoh, kedai emas, bank dan emas keluaran antarabangsa - sebagai contoh palm suisse - yang tidak dimiliki oleh sesiapa secara ekslusif.

Kedai emas dan bank bukan pembeli yang baik kerana spread atau susutnilai yang besar. Emas seperti Palm Suisse pula, anda mungkin menghadapi kesukaran ketika hendak menjualnya di pasaran terbuka kerana pembeli akan mula bermain harga.

Tidak hairanlah, walaupun harga emas pasaran dunia sedang naik, anda tetap rugi apabila menjual balik emas milik anda kepada pembeli yang tidak sepatutnya.

Jadi, apa pilihan yang terbaik?

Sudah semestinya Public Gold. Public Gold adalah penjual dan pembeli emas yang baik.

1. Harga belian balik sentiasa di kemaskini dan dipaparkan di website miliknya. Ini boleh mengelakkan manipulasi apabila ada percanggahan harga.

2. Susutnilai atau spread sudah tidak relevan apabila Public Gold membeli kembali emas milik anda. Apa yang ada hanyalah harga belian semula (buy back) yang telus mengikut harga emas semasa dunia.

3. Public Gold bersedia membeli balik emas keluarannya pada apa amaun sekalipun. Saya sendiri secara personal pernah menguruskan penjualan gold bar Public Gold bernilai lebih RM5 juta dalam satu masa. Amat menakjubkan apabila Public Gold tiada masalah untuk membayarnya.

4. Selain emas keluarannya, Public Gold juga bersedia membeli emas keluaran siapa saja termasuk barang kemas. Saya biasa membuat perbandingan terlebih dahulu di beberapa kedai emas sebelum meninjau harga Public Gold. Amat mengejutkan, apabila Public Gold akan membelinya dengan harga yang lebih tinggi.


Bermulalah sekarang dengan emas yang betul, tidak lain dan tidak bukan hanya dari Public Gold.