Monday 1 February 2016

EMAS FIZIKAL : JUAL PRODUK, JANGAN JUAL INCOME!

Petang tadi saya ditanya oleh seorang newcomer dalam bidang emas ini, apakah yang perlu kita timbang apabila memilih produk dan syarikat emas terbaik?
Saya kata, pilihlah yang menjual produk, bukan menjual income.
Dia bertanya, apa maksud saya?
Saya kata, dengan emas saya hendak tahu berapa harga segramnya, berapa kali harganya dikemaskini, bolehkah dikunci harga, apa itemnya, apa spreadnya, adakah ia bebas gst, adakah ia diiktiraf LBMA, bila masa urusniaganya, bagaimana platformnya, apa syarat jual baliknya, di mana cawangannya, bagaimana model perniagaannya, setakat mana keteguhan syarikatnya...

Saya bukan nak tahu berapa incomenya!

Produk yang baik ialah produk yang membicarakan tentang kelebihannya. Bukan dijaja ke hulu ke hilir berapa incomenya. Saya bimbang jika kita terpesona dengan kecil besar incomenya, hilang langsung tujuan asal membeli emas.
Kita kena ingat, lebih 90% peminat emas adalah pembeli, bukan penjual. So, bila kita cerita kebaikan produk, itu bermakna kita bercerita tentang kebaikan kepada pembeli.
Sebaliknya bila kita cerita tentang income, kita tahu itu kebaikan kepada penjual. Jadi apa ceritanya kepada pembeli?
Akhirnya pembeli keletihan kerana fokus asalnya sudah hilang; dari mengumpul emas sebagai pelindung kekayaan, kepada mengumpul income hasil kempen kepada orang ramai.
Dato' Vida pun tidak pernah tunjuk berapa juta salesnya sebulan. Apa yang ditunjuk? Hanya kebaikan demi kebaikan produk keluaran syarikatnya supaya masyarakat menjadi pembeli "genuine" bukan membeli kerana terpesona dengan income Dato' Vida!

No comments:

Post a Comment